Kerjaya antarabangsa Matthias_Sammer

Jerman Timur

Sammer sebahagian daripada pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Timur yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak bawah-18 Eropah UEFA 1986 dan menduduki tempat ketiga pada saingan Kejohanan Remaja Dunia FIFA 1987.

Pada November 1986, beliau melakukan penampilan sulung buat pasukan Jerman Timur dalam aksi kelayakan Euro 1988 ketika menentang Perancis yang berlangsung di Zentralstadion, Leipzig.

Pada 12 September 1990, Sammer mengetuai pasukan Jerman Timur pada perlawanan terakhir negara i tu. Beliau menjaringkan kedua-dua gol Jerman Timur ketika menewaskan Belgium di Brussels yang berkesudahan perlawanan tersebut Jerman Timur menang 2-0.[2]

Jerman

Pada 19 Disember 1990, Sammer melakukan penampilan sulung buat pasukan kebangsaan Jerman yang telah bersatu semula dan kebanyakan pemain-pemain berasal dari negara Jerman Barat yang menjuarai Piala Dunia 1990. Beliau beraksi ketika pasukan Jerman menumpaskan Switzerland 4-0 di Stuttgart.

Sammer sebahagian daripada pasukan Jerman yang mara ke perlawanan akhir UEFA Euro 1992 sebelum kecundang di tangan Denmark. Beliau turut dipilih ke dalam skuad Piala Dunia 1994 namun pasukan Jerman dikejutkan Bulgaria di saingan suku akhir.

Pada kejohanan Euro 1996, Sammer bermain di posisi libero apabila beliau telah berpindah posisi tersebut ketika di Borussia Dortmund. Beliau menjaringkan gol pembukaan pasukan Jerman dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Rusia dan gol kemenangan Jerman ketika bertemu Croatia dalam peringkat suku akhir. Selepas Jerman menewaskan Republik Czech pada perlawanan akhir, Sammer dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.[3]

Pada 7 Jun 1997, Sammer beraksi pada perlawanan terakhirnya untuk Jerman dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 menentang Ukraine di Kiev.

Rujukan

WikiPedia: Matthias_Sammer http://www.bbc.com/news/magazine-35169108 http://bundesligafanatic.com/news-sammer-replaces-... http://www.goal.com/en-india/news/477/euro-2012/20... http://www.dfb.de/news/detail/sammer-und-bayern-mu... http://www.fcbayern.de/en/news/news/2016/press-rel... http://www.fcbayern.de/en/news/news/2016/statement... http://www.kicker.de/news/fussball/bundesliga/star... http://www.fcbayern.telekom.de/en/news/news/2012/3... http://archivio.inter.it/cgi-bin/giocatori-scheda?... http://isni.org/isni/0000000012676164